Sony Akan Menawarkan Kemaskini Android 9.0 Pie Bermula November

Sony Akan Menawarkan Kemaskini Android 9.0 Pie Bermula November

Diterbitkan pada Ogos 17, 2018 oleh .

Google telah mengumumkan Android 9.0 Pie pada awal Ogos ini, dan hari ini Sony berkongsi perancangan pengenalan kemaskini Android 9.0 Pie untuk telefon pintar mereka.

Sony mengatakan pengguna peranti premium mereka akan mula menerima kemaskini Android 9.0 Pie bermula bulan November ini, termasuk untuk Xperia XZ2, Xperia XZ2 Premium, Xperia XZ2 Compact, Xperia XZ Premium, Xperia XZ1, dan juga Xperia XZ1 Compact.

Seperti biasa, ia akan ditawarkan secara berperingkat, dan mungkin mengambil sedikit masa sebelum ke semua peranti berkenaan menerimanya.

Sony juga mengatakan tiga model yang akan menerima kemaskini sama menjelang awal 2019 kelak, iaitu Xperia XA2, Xperia XA2 Ultra dan juga Xperia XA2 Plus.

Bagi pengguna peranti Xperia yang tersenarai, mungkin boleh nantikan kemaskini ini hadir ke peranti anda dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN