Samsung Galaxy Note 9 Yang Diperbuat Daripada 1 Kilogram Emas Ditawarkan Pada Harga RM 238000

Samsung Galaxy Note 9 Yang Diperbuat Daripada 1 Kilogram Emas Ditawarkan Pada Harga RM 238000

Diterbitkan pada Ogos 17, 2018 oleh .

Samsung Galaxy Note 9 akan mula dijual di seluruh dunia pada 24 Ogos hadapan. Di Malaysia unit pra-tempahan telah habis diambil oleh pengguna yang berminat untuk menjadi yang terawal memilikinya. Seperti biasa setiap kali peranti mercu dilancarkan, versi terhad akan kemudiannya ditawarkan pada harga yang amat tidak mampu milik.

Syarikat Caviar dari Rusia telah mula menawarkan Samsung Galaxy Note 9 Fine Gold Edition yang diperbuat daripada 1 kilogram emas. Setiap unit phablet ini ditawarkan pada harga RUB 3.87 Juta (~RM 238,000) sebuah. dengan storan sebesar 128GB. Jika versi Fine Gold Edition terlalu mahal bagi anda, Caviar turut menghasilkan versi dengan kemasan kulit buaya yang dijual pada harga lebih murah RUB 242000 (~RM 14,857) sebuah.


TIPS & ULASAN