ARM Berkongsi Perancangan Masa Hadapan Dengan Cip Deimos Dan Hercules

ARM Berkongsi Perancangan Masa Hadapan Dengan Cip Deimos Dan Hercules

Diterbitkan pada Ogos 17, 2018 oleh .

Tahun lalu komputer riba Windows Always Connected PC akhirnya dilancarkan menggunakan cip Snapdragon 835 yang berasaskan senibina ARM. Pihak ARM semalam telah berkongsi pelan perancangan masa hadapan mereka bagi memberikan persaingan kepada cip keluaran Intel. Cip Cortex-A76 yang diumumkan dua bulan yang lalu dikatakan bakal lebih berkuasa berbanding cip Intel Core-i5 7300U.

Ia bakal dihasilkan menggunakan teknologi 7nm bagi mengurangkan penggunaan tenaga dan haba. Seterusnya cip Deimos akan dilancarkan pada tahun 2019 sekali lagi dengan teknologi 7nm dengan peningkatan prestasi sehingga 15%. Ini kemudiannya akan diikuti pula oleh cip Hercules pada tahun 2020 yang akan akhirnya menggunakan teknologi 5nm sekali lagi dengan peningkatan prestasi. Menurut ARM, Hercules akan memberikan peningkatan sehingga 2.5 kali ganda berbanding Cortex A73 yang digunakan pada Snapdragon 835 dan Kirin 960.


TIPS & ULASAN