Kedai Atas-Talian IKEA Kini Beroperasi Di Malaysia

Kedai Atas-Talian IKEA Kini Beroperasi Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 17, 2018 oleh .

Produk keluaran IKEA adalah popular di kalangan milenial kerana rekaan yang moden serta harga yang mampu milik. Sebelum ini untuk membeli produk keluaran mereka, pengguna di Malaysia hanya boleh melakukannya dengan pergi ke kedai fizikal. Ini berakhir semalam dengan pelancaran secara rasmi kedai atas talian mereka di Malaysia.

Menerusi kedai atas talian ini, lebih 9000 produk boleh dipesan terus sebelum dihantar ke rumah pelanggan. Perkhidmatan penghantaran merangkumi seluruh Malaysia dengan kos bermula dari RM40 bergantung kepada alamat penghantaran. Untuk membeli belah di IKEA hari ini, silalah ke pautan di bawah.


TIPS & ULASAN