Seorang Pelajar Menggodam 90GB Data Dari Pelayan Apple
Artikel Berkaitan

Seorang Pelajar Menggodam 90GB Data Dari Pelayan Apple

Diterbitkan pada Ogos 17, 2018 oleh .

Seorang pelajar dari Australia berumur  16 tahun telah menggodam pelayan Apple dan memuat turun data sebanyak 90GB. Menurut peguam beliau, pelajar ini juga merupakan peminat kepada syarikat bernilai $1 Trilion ini. Beliau turut berniat ingin bekerja di syarikat tersebut.

Apple mengesan terdapat akses tanpa kebenaran pada pelayan mereka dan terus membuat laporan kepada FBI. Pihak berkuasa Australia turut bekerjasama dalam siasatan ini. Menurut laporan, pelajar ini menggunakan VPN dan beberapa perisian lain untuk menggodam.

Dua buah Macbook, sebuah telefon dan cakera keras telah dirampas.  Beberapa peranti ini mempunyai nombor siri serta alamat IP yang sama yang dikesan oleh Apple. Menurut Apple lagi, akses yang pelajar ini berjaya godam turut memberi akses log masuk kepada pengguna lain.

Beliau disabit bersalah dan akan dikenakan tindakan pada bulan hadapan.


TIPS & ULASAN