Maxis Menawarkan 61GB Data Internet Percuma Melalui HotlinkMU GIGA Sale

Maxis Menawarkan 61GB Data Internet Percuma Melalui HotlinkMU GIGA Sale

Diterbitkan pada Ogos 17, 2018 oleh .

Maxis hari ini telah mula hadir dengan promosi khas untuk pengguna prabayar Hotlink. Bermula hari ini, pengguna Hotlink boleh membeli data harian, mingguan atau bulanan melalui aplikasi Hotlink RED, dan akan menerima data bonus sehingga 61GB.

Hotlink 61GB

Data bonus sebanyak 61GB ini ditawarkan berdasarkan kepada pas internet yang dibeli pengguna. Sebagai contoh, sekiranya membeli pas harian, maka data tambahan 61GB berkenaan juga boleh digunakan untuk hari berkenaan juga. Begitu juga untuk mingguan dan lain-lain.

Memandangkan Hotlink MU sering hadir dengan penawaran berbeza untuk pengguna, maka anda boleh menyemak penawaran bonus anda hari ini melalui aplikasi Hotlink RED.


TIPS & ULASAN