Carian
Kerangka Rhinoband Mengubah Apple Watch Menjadi Jam Tangan Pintar Tahan Lasak
August 17, 2018 Effi Saharudin

Jam tangan pintar yang paling laris di pasaran sekarang ialah Apple Watch. Apple menghasilkan puluhan tali jam untuk pelbagai situasi bagi memudahkan pengguna mengkustomasi jam tangan mengikut keperluan harian. Tetapi mereka tidak menghasilkan tali jam yang tahan lasak. Kepada yang memerlukannya, kerangka Rhinoband Stealth akan memastikan

Kerangka merangkap tali jam ini menutup keseluruhan tubuh jam dari hentakan dengan hanya sensor nadi dan skrin terdedah. Apple Watch dilindungi tiga lapisan tahan hentakan bagi memastikan kerosakan tidak akan berlaku sekiranya ia terjatuh. Ia diperbuat daripada bahan polyurethane dengan penawaran warna hitam, hijau, jingga, kelabu dan biru. Rhinoband Stealth dijual pada harga $44.99 (~RM 184) sebuah.

Komen