Cari @ Amanz

Thundermatch sedia terkenal sebagai kedai menjual pelbagai produk IT seperti komputer riba, set komputer, perkakasan komputer, telefon pintar, aksesori dan banyak lagi. Mereka kini menjenamakan semula kepada TMT. Dengan kolaborasi bersama dengan Shopee, TMT kini berada di Shopee Mall secara rasmi. Melalui penjenamaan semula Thundermatch ke TMT mereka akan tawarkan baucar RM50 bagi setiap pembelian RM1500 ke atas dan baucar RM100 untuk pembelian  melebihi RM2500.

Untuk menarik lagi pelanggan, TMT turut memberi peluang untuk merebut wang tunai sehingga RM100,000 untuk setiap pembeli yang banyak berbelanja di TMT Shopee Mall. Pihak TMT turut mensasarkan untuk menjadi kedai atas talian besar di Malaysia dengan konsep O2O (Online to Offline). Melalui penjenamaan ini juga, TMT turut akan mula menjenamakan semula beberapa kedai fizikal mereka dari Thundermatch ke TMT. Malah, sudah terdapat satu kedai fizikal Thundermatch di Mesra Mall, Kemaman menggunakan TMT. Mereka turut mensasarkan pada bulan Disember kelak, sebanyak 100 cawangan akan menggunakan nama TMT. 

Kerjasama TMT dan Shopee turut menarik. Mereka bukan sahaja menawarkan penghantaran percuma, tetapi juga akan membuat promosi mingguan dengan menjamin harga produk mereka lebih rendah berbanding dengan laman e-dagang yang lain. Promosi ini akan berlangsung bermula 20 Ogos 2018 sehingga 19 September 2018.

Jadi, jika anda ingin membeli barangan/produk IT pada harga menarik dan juga perkhidmatan yang baik – lawati TMT by Thundermatch di Shopee hari ini.

  • Info
  • Lawati TMT by Thundermatch di Shopee
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd