Nokia Menjadualkan Pelancaran Telefon Pintar Baru Pada 21 Ogos – Mungkinkah Nokia 9?

Nokia Menjadualkan Pelancaran Telefon Pintar Baru Pada 21 Ogos – Mungkinkah Nokia 9?

Diterbitkan pada Ogos 17, 2018 oleh .

Nokia hari ini menjadualkan sebuah acara untuk pengenalan sebuah peranti baru yang dijadualkan pada 21 Ogos 2018 kelak. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi peranti apakah yang bakal dilancarkan, tetapi ramai membuat spekulasi ia berkemungkinan adalah Nokia 9 yang dinantikan ramai.

Nokia 9

Spekulasi ini hadir kerana Nokia menggunakan terma “telefon pintar yang dinantikan ramai” pada gambar acah mereka.

Nokia 9 dijangka hadir dengan skrin 5.7-inci OLED, mungkin dijana Snapdragon 845, dan berkemungkinan menawarkan ciri kamera yang berkuasa tinggi.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 21 Ogos ini untuk melihat apakah yang Nokia akan lancarkan.


TIPS & ULASAN