Cari @ Amanz

Oppo F9 dan R17 telah dilancarkan dengan rekaan baharu skrin bertakuk kecil. Seperti biasa apabila Oppo menggunakan rekaan baharu, ia akan turut digunakan pada peranti syarikat bersaudara mereka iaitu Vivo. Hari ini rekaan dan spesifikasi Vivo V11 telah tertiris dengan rekaan skrin bertakuk kecil “titisan air”.

Dari spesifikasi, Vivo V11 dilengkapi skrin 6.41″ SAMOLED FHD+, pemproses Snapdrahon 660, memori sebesar 6G B dan storan 128GB. Kamera utama pula sebesar 12+5 Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 25-Megapixel sesuai untuk peminat swafoto. Akhir sekali ia dilengkapi bateri sebesar 3400 mAh. Dari imej yang tertiris ia turut mempunyai pengimbas cap jari terbina dalam skrin. Setakat ini tidak diketahui bilakah peranti ini akan dilancarkan.

Sumber TechOnliner menerusi GSMArena

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd