Cari @ Amanz

Oppo R17 diperlihatkan minggu ini dengan skrin bertakuk kecil, pemproses Snapdragon 670 dan memori sehingga 8GB RAM. Tetapi ini bukanlah model paling premium yang dihasilkan. Oppo R17 Pro masih belum diumumkan tetapi video acahnya telahpun diperlihatkan di China dengan penggunaan sistem tri-kamera pada bahagian belakang.

Ini menjadikannya peranti pertama Oppo dengan sistem kamera yang dipopularkan oleh Huawei P20 Pro awal tahun ini. Menerusi akaun Weibo rasmi mereka, Oppo turut mengesahkan kamera ini mempunyai bukaan boleh ubah f/1.5 ke f/2.0 seperti sebuah Galaxy S9+. Dari segi spesifikasi ia akan mengekalkan skrin 6.4″ AMOLED tetapi dijana pemproses lebih berkuasa Snapdragon 710. Oppo R17 Pro dijangka dilancarkan pada 23 Ogos hadapan di China terlebih dahulu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd