Cari @ Amanz

Pada hari ini, menjadi fokus ramai pengguna untuk mendapatkan telefon pintar dengan sokongan kamera yang baik untuk rakaman – tidak kira pada pelbagai keadaan dan persekitaran. Bercakap mengenai kamera, Samsung merupakan salah satu pengeluar yang menawarkan sokongan rakaman gambar dan video yang sangat baik.

Melalui Samsung Galaxy Note 9, Samsung meneruskan penambah-baikkan pada bahagian kamera. Galaxy Note 9 hadir dengan dwi-kamera belakang yang mengabungkan dua lensa 12-megapixel dengan sokongan dwi-OIS dan zoom optikal. Ia juga turut menyertakan sistem bukaan boleh-ubah f/1.5+f/2.4, serta sokongan rakaman video pada resolusi 4K 60FPS.

Dengan sokongan kamera yang terkini ini, ia menawarkan kebolehan untuk merakamkan gambar dengan jelas tanpa kira cahaya persekitaran. Walaupun gelap, gambar yang dihasilkan kamera Galaxy Note 9 adalah sangat cantik tanpa memerlukan sebarang penambah-baikkan.

Seperti biasa, anda boleh mengeluarkan kamera dan merakamkan gambar serta-merta – dan kamera pada Galaxy Note 9 akan membuat pengecaman automatik dan menggunakan mod rakaman yang bersesuaian dengan pantas.

Galaxy Note 9 Kamera

Galaxy Note 9 Kamera

Di Malaysia, Samsung Galaxy Note 9 ini akan dijual pada harga bermula RM3699 untuk model 128GB/6GB RAM bermula 24 Ogos ini.

Ini adalah advertorial daripada Samsung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd