Carian
Cip Snapdragon 855 Mungkin Akan Hadir Bersama Sokongan NPU
August 18, 2018 Aman

Qualcomm mempunyai sejumlah penawaran cip pemprosesan, termasuk yang berkuasa tinggi, dengan angka awalan “8”. Terkini, menurut info awal yang dikongsikan oleh WinFuture, ia dikatakan Qualcomm sedang melihat untuk menjenamakan semula cip pemprosesan mereka, dan ia kini mungkin hadir dengan penggunaan empat angka – berbanding hanya tiga sebelum ini.

Qualcomm Snapdragon 855 dikatakan mungkin dipasarkan dibawah nama Snapdragon 8150.

Pada masa yang sama, Qualcomm turut dijangka menyertakan sokongan unit pemprosesan neural (NPU) terus pada cip Snapdragon 855 (atau Snapdragon 8150) – lebih kurang seperti Huawei yang menyertakan NPU pada Kirin 970.

Melalui integrasi NPU pada cip pemprosesan, ia membolehkan sokongan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin dilakukan dengan lebih pantas. Ini sekaligus membuatkan telefon pintar beroperasi dengan lebih efisyen berbanding kebiasaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Qualcomm akan memperkenalkan cip terbaru mereka ini secara rasminya. Selain penawaran untuk telefon pintar, cip Snapdragon terbaru ini juga kelak dikatakan akan turut dioptimasikan untuk penggunaan dalam kenderaan.

Komen