Cari @ Amanz

Kejituan penting ketika di dalam medan perang maya. Oleh itu tetikus khusus untuk permainan video dengan sensor kepekaan tinggi dihasilkan oleh banyak pengeluar. Razer Mamba Elite ialah sebuah lagi tetikus di dalam kategori ini dengan kepekaan sensor sehingga 16,000 DPI.

Razer Mamba Elite adalah model gantikan kepada Mamba Tournament Edition. Ia sebuah tetikus berwayar yang dilengkapi sembilan butang dan suis yang diuji sehingga 50 juta tekanan. Kerana ia produk Razer, Mama Elite menyokong sistem lampu LED Chroma dengan 20 zon pencahayaan. Tetikus ini dijual pada harga $89.90 (~RM 369) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd