Dengan Netflix cara menikmati drama bersiri berubah kerana keseluruhan musim dapat dimaratonton dalam masa sehari. Adalah normal menonton tanpa henti di rumah terutamanya ketika cuti panjang. Netflix kini sedang melakukan ujian dimana video promosi pendek dimainkan di antara episod siri yang sedang ditonton.
Hanya video promosi kandungan yang ditawarkan oleh Netflix akan ditawarkan buat masa ini dan ia sedang diuji pada sebilangan kecil pengguna. Video boleh dilangkau oleh pengguna secara manual sekiranya tidak berminat.
Sebelum ini video promosi ada ditayangkan selepas pengguna habis menonton filem. Reaksi dari pengguna setakat ini adalah negatif kerana ia mengganggu sesi tontonan mereka. Ujian seperti ini kerap kali dilakukan oleh Netflix sebelum diberikan kepada kesemua pengguna.