Cari @ Amanz

Kemunculan kad grafik mercu dari NVIDIA telah lama dinantikan dengan pelbagai imej acah dikongsi ke media sosial. Menurut laman Videocardz, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 dan RTX 2080 Ti akan dilancarkan minggu hadapan. Rekaan serta spesfikasinya juga telah tertiris ke arena web.

GeForce RTX 2080 Ti ialah kad yang lebih berkuasa dengan memori sebesar 11GB GDDR6 352-bit pada kelajuan 14 Gbps. Ia turut dilengkapi 4342 teras CUDA dan adalah peningkatan dari 3484 teras CUDA pada GTX 1080Ti. GeForce RTX 2080 pula dilengkapi memori sebesar 8GB GDDR6 256-bit dan 2944 teras CUDA. ‘

Kad grafik keluarga RTX dihasilkan dengan kemampuan menyokong penghasilan kesan raytrace secara masa nyata di dalam permainan video. Pantulan cahaya dan imej akan kelihatan lebih realistik dengan penggunaan raytrace.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd