Carian
Huawei P20 Pro Dengan Dua Warna Baharu Akan Diperlihatkan Di IFA
August 19, 2018 Effi Saharudin

Huawei P20 Pro bukan sahaja mempopularkan penggunaan tri-kamera tahun ini malahan mengembalikan trend warna cerun yang kini menjadi ikutan pengeluar lain. Menyedari hakikat ini, P20 Pro dengan dua warna cerun baharu akan diperlihatkan di IFA menurut laporan Android Authority

Warna cerun pertama ialah hitam ke pirus yang mendapat inspirasi dari aurora borealis di angkasa. Warna cerun kedua pula ialah putih ke merah jambu yang mendapat inspirasi dari warna mutiara di lautan. Menurut Android Authority, warna cerun kedua ini mirip warna emas merah jambu yang diperlihatkan sebelum ini tetapi tidak di pasaran Malaysia.

Komen