Carian
Android Akan Mula Menyokong Alat Bantuan Pendengaran Secara Natif
August 20, 2018 Effi Saharudin

Di dalam sistem operasi Android dan iOS terdapat tetapan accessability yang memudahkan penggunaan oleh golongan kelainan upaya. Saiz teks, kanta pembesar, pengaktifan satu tap dan sebagainya telah disokong secara meluas. Tetapi satu kekurangan Android berbanding iOS ialah tiadanya sokongan alat bantuan pendengaran secara natif.

Google menyedari kekurangan ini pada sistem operasi Android dan mengumumkan ia bakal hadir secara natif. Mereka mengumumkan kerjasama dengan firma GN Hearing untuk menghasilkan ASHA (Audio Streaming for Hearing Aid) yang menyokong tambatan alat bantuan pendengaran menerusi bluetooth LE. Dua alat bantuan pendengaran GN Hearing iaitu ReSound LiNX Quattro dan Beltone Amaze kini menyokong ASHA.

Sokongan ini amat diperlukan kerana dianggarkan terdapat lebih daripada 400 juta insan di dunia mempunyai masalah pendengaran dan bergantung kepada alat bantuan. Dengan adanya sokongan natif, golongan OKU pendengaran akan dapat menggunakan peranti Android dengan lebih mudah.

Komen