Cari @ Amanz

Pada hari ini, antara platform penstriman yang popular untuk permainan adalah Twitch, YouTube dan juga Facebook. Kini, ia dilihat Valve yang sedia menawarkan kemudahan untuk pengguna membeli permainan sedang dalam persiapan melancarkan platform penstriman mereka tersendiri dibawah nama domain Steam.TV.

Steam Broadcasting

Valve sedia menawarkan Steam Broadcasting, namun boleh dikatakan ia kurang popular dikalangan pengguna untuk mengakses dan menontonnya. Hal ini dilihat ingin diatasi oleh Valve melalui laman Steam.TV ini. Valve juga ingin memudahkan penstriman terus ke web melalui Steam.TV dan bukannya memfokuskan kepada penawaran penstriman melalui aplikasi sahaja.

Daripada ujian ringkas yang disedari beberapa orang, ia didapati Steam.TV menguji penstriman The International 2018 melaluinya. Melaluinya, sesiapa sahaja boleh menonton perlawanan yang sedang distrim, selain turut boleh log masuk ke akaun Steam untuk bersembang dengan rakan-rakan lain menggunakan Steam Chat.

Namun, buat masa ini, laman berkenaan telah ditutup kembali. Berkemungkinan kita akan melihat Valve melancarkannya secara rasmi tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd