Bagi anda yang sedang mencari peranti baru, di sini kami ingin membantu anda untuk membuat pilihan peranti terbaik yang anda boleh miliki pada bajet tertentu. Sebelum ini, kami telah menyenaraikan telefon terbaik pertengahan 2018 di bawah RM500, di bawah RM750, di bawah RM1000, di bawah RM1500, di bawah RM2000, dan kini tiba giliran peranti di bawah RM2500.
Untuk segmen di bawah RM2500, peranti yang disenaraikan selalunya terdiri daripada peranti mercu pada harga bajet, dengan mengetengahkan ciri-ciri premium bersama prestasi permainan yang pantas. Jadi anda akan dapati, telefon di dalam harga ini akan hadir dengan ciri-ciri premium seperti cip pemprosesan yang berkuasa, storan UFS 2.1, dan mempunyai keupayaan kamera dengan penstabilan imej seperti EIS & OIS.
Kami telah memilih beberapa peranti yang berbaloi dimiliki pada harga ini, yang mana dinilai berdasarkan peranti yang mampu memberikan pengalaman penggunaan terbaik.
Kriteria Pemilihan
- Penawaran memori minimum 4GB RAM.
- Hadir dengan cip pemprosesan berkelas mercu.
- Menawarkan storan UFS 2.1.
- Hadir dengan rekaan skrin bingkai nipis.
- Didatangkan dengan fungsi pengecasan pantas dan USB-C.
Selain itu, kesemua telefon yang dipilih di dalam artikel ini adalah berdasarkan harga rasmi daripada pengeluar dan bukannya mengikut harga yang diolah oleh kedai. Jadi tanpa membuang masa lagi, berikut adalah senarai telefon terbaik pertengahan 2018 yang anda boleh dapat di bawah RM2500.
05
Huawei P20
Huawei P20 menampilkan sebuah peranti yang elegan, dengan penawaran kamera yang disahkan oleh Leica bersama rekaan berasaskan kaca. Ia hadir dengan rekaan yang kompak melalui saiz skrin 5.8-inci, kamera hadapan 24MP, dan menawarkan keupayaan kamera utama yang sangat baik untuk kegunaan pencahayaan malap.
Cuma kekurangan pada peranti ini, ia tidak menawarkan slot kad microSD selain hanya menawarkan memori 4GB RAM.
Spesifikasi:
- 5.8” LTPS LCD FHD+ 18.7:9
- HiSilicon Kirin 970
- 4 x A73 2.4 GHz, 4 x A53 1.8 GHz
- 4GB RAM / 128GB
- 12MP f/1.8 + 20MP f/1.6 / 24MP f/2.0
- Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
- 3400 mAh, USB-C, Huawei SuperCharge
- Android 8.1 / EMUI 8.1
Harga: RM2299 (4GB RAM + 128GB)
04
Huawei Mate 10 Pro
Huawei Mate 10 Pro menawarkan sebuah peranti yang cukup besar selain hadir dengan ketahanan bateri yang sangat baik. Ia menawarkan skrin dengan panel AMOLED yang lebih terang, menawarkan bateri yang besar, mempunyai IR blaster, hadir dengan pembesar suara stereo, dan satu-satunya peranti dalam senarai ini yang mempunyai sokongan kalis air.
Cuma kekurangan pada peranti ini, ia tidak menawarkan sambungan bicu audio, selain tidak menampilkan slot kad mikro-SD.
Spesifikasi:
- 6.0” AMOLED FHD+ 18:9, HDR
- HiSilicon Kirin 970
- 4 x A73 2.4 GHz, 4 x A53 1.8 GHz
- 6GB RAM / 128GB
- 12MP f/1.6 + 20MP f/1.6 / 8MP f/2.0
- Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC, IR blaster
- 4000 mAh, USB-C, Huawei SuperCharge
- Android 8.0 / EMUI 8.0
Harga: RM2399 (6GB RAM + 128GB)
03
Xiaomi Mi MIX 2s
Siri Xiaomi Mi MIX telah berjaya menarik perhatian ramai dengan rekaan skrin sepenuhnya tanpa perletakkan takuk. Kini ia telah memasuki iterasi ketiga menerusi Xiaomi Mi MIX 2s, dengan peningkatan prestasi dan fungsi tambahan berbanding iterasi kedua Mi MIX 2. Mi MIX 2s membawakan cip pemprosesan terpantas untuk Android hari ini iaitu Snapdragon 845, hadir dengan sokongan dwi-kamera bersama keupayaan zoom optikal, dan satu-satunya peranti yang menawarkan Qi Wireless Charging dalam senarai ini.
Cuma kekurangan pada peranti ini, kedudukan kameranya kurang praktikal untuk kegunaan aplikasi pihak ketiga, yang mana tidak boleh diputarkan sewaktu dalam aplikasi. Ia juga masih menyajikan kamera hadapan 5MP, yang dilihat tidak mampu mendandingi keupayaan swafoto apabila dibandingkan dengan peranti pesaingnya.
Spesifikasi:
- 5.99” IPS LCD FHD+ 18:9, DCI-P3, HDR
- Qualcomm Snapdragon 845
- 4 x Kryo 385 Gold 2.8 GHz, 4 x Kryo 385 Silver 1.8 GHz
- 6GB RAM / 128GB
- 12MP f/1.8 OIS + 12MP f/2.4 / 5MP f/2.0
- Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
- Pembesar suara stereo
- 3400 mAh, USB-C, Qi Wireless, Qualcomm Quick Charge 3.0
- Android 8.0 / MIUI 9
Harga: RM2199 (6GB RAM + 128GB)
02
ASUS ZenFone 5Z
ASUS ZenFone 5Z menyajikan rekaan yang cukup menawan bersama sejumlah penawaran multimedia yang menarik. Ia hadir dengan RAM dan storan tertinggi dalam senarai ini, mengekalkan bicu audio, dan menawarkan sokongan kad microSD. Ia juga menawarkan pembesar speaker stereo, hadir dengan kamera wide-angle, dan sokongan pengecasan pantas Power Delivery 3.0.
Cuma kekurangan pada peranti ini, kualiti kameranya masih tidak begitu baik apabila dibandingkan dengan peranti sekelasnya.
Spesifikasi:
- 6.2” IPS LCD FHD+ 19:9, DCI-P3
- Qualcomm Snapdragon 845
- 4 x Kryo 385 Gold 2.8 GHz, 4 x Kryo 385 Silver 1.8 GHz
- 8GB RAM / 256GB + microSD
- 12MP f/1.8 OIS + 8MP f/2.0 / 8MP f/2.0
- Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
- Pembesar suara stereo, sokongan High-Res audio
- 3300 mAh, USB-C, Power Delivery 3.0
- Android 8.0 / ZenUI 5.0
Harga: RM2299 (8GB RAM + 256GB)
01
OnePlus 6
OnePlus 6 menduduki tempat pertama kerana ia hadir dengan pengalaman penggunaan peranti terbaik dalam senarai ini. Ia dijana cip Snapdragon 845 iaitu cip yang terpantas setakat ini, mengekalkan bicu audio, dan dijana menampilkan antaramuka Android hampir asas menerusi OxygenOS.
Selain itu, ia turut menampilkan panel Optic AMOLED yang terang, hadir dengan sokongan EIS untuk rakaman 4K @60fps, selain menawarkan Dash Charge 20W dengan masa pengecasan yang sangat pantas. Cuma kekurangan yang didapati pada peranti ini, ia tidak menampilkan slot kad mikro-SD, jadi anda perlu memanfaatkan penggunaan storan awan ketika anda menggunakan variasi 64GB ini.
Spesifikasi:
- 6.28” Optic AMOLED FHD+ 19:9, DCI-P3
- Qualcomm Snapdragon 845
- 4 x Kryo 385 Gold 2.8 GHz, 4 x Kryo 385 Silver 1.7 GHz
- 6GB RAM / 64GB
- 16MP f/1.7 + 20MP f/2.0 f/1.7 / 16MP f/2.0
- Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
- 3300 mAh, USB-C, Dash Charge 20W
- Android 8.1 / OxygenOS
Harga: RM2399 (6GB RAM + 64GB)
Jadi itulah peranti terbaik pertengahan 2018 yang anda boleh dapati di bawah RM2500. Kesemua peranti yang disenaraikan di atas boleh didapati melalui kedai fizikal rasmi atau menerusi laman-laman jualan utama Malaysia seperti Lelong, Lazada, Shopee, 11street.