Alat Ini Menyelesaikan Masalah Tertinggal Peranti Di Dalam Tandas

Alat Ini Menyelesaikan Masalah Tertinggal Peranti Di Dalam Tandas

Diterbitkan pada Ogos 20, 2018 oleh .

Telefon pintar mungkin barang paling berharga yang dibawa keluar dari rumah setiap hari. Sekiranya ada seorang pemilik peranti mercu, ia mungkin dibeli pada harga mencecah RM3000 sebuah. Antara ketakutan pemilik peranti mahal ialah ia hilang selepas tertinggal di dalam tandas awam. Ini hampir berlaku kepada kami beberapa kali kerana masalah mudah terlupa.

Di Jepun masalah ini diselesaikan dengan penggunaan kunci pintu tandas merangkap tempat meletak peranti terbina. Apabila pintu dikunci, penyelak berubah mempunyai ruang yang cukup untuk meletak peranti atau barang yang mempunyai berat di bawah 1KG. Selepas mengqada hajat, peranti tidak akan tertinggal kerana ia terletak di hadapan pengguna dan perlu diambil semula sebelum pintu tanda bolah dibuka. Ini sebuah lagi ciptaan menarik dari Jepun yang mungkin boleh digunakan di negara kita.


TIPS & ULASAN