Carian
ShopFest Dilancarkan – Ketahui Segala Promosi Jual-Beli Atas-Talian Pada Akhir Tahun Ini
August 20, 2018 Ikhwan Nazri

Akhir tahun menjelang tiba. Jika dahulu kita selalu dihujani dengan promosi Year End Sale yang dipromosikan di kedai-kedai fizikal terkemuka, sekarang terdapat banyak promosi yang ditawarkan kedai atas-talian. Terdapat kempen seperti Singles Day, MyCybersale, Black Friday dan sebagainya. Bagi memudahkan pengguna mencari kesemua promosi ini, ShopBack telah melancarkan portal ShopFest.

Menerusi portal ShopFest, pengguna dapat mengetahui tempoh-tempoh tertentu acara jualan ini akan bermula. MyCyberSale contohnya bermula pada awal September, disusuli dengan Singles Day pada 11 November sehinggalah ke akhir tahun. Pengguna juga dapat mengetahui barangan yang manakah menerima penjimatan tertinggi, disamping promosi khusus tertentu yang ditawarkan oleh kedai atas talian tersebut,

Lebih dari itu, ShopFest sendiri turut menawarkan hadiah berjumlah RM 14 Juta bagi menggalakkan pengguna berbelanja dengan bijak, menerusi pembelian menggunakan ShopBack. Antara jenama yang menyertai ShopFest termasuklah Lazada, 11street, Expedia, Booking.com dan lain-lain.

Dalam berita lain, kini ShopBack mempunyai lebih dari 1500 jenama yang menyokong pulangan tunai atas setiap pembelian yang dilakukan. Pulangan tunai ini dapat dimasukkan ke akaun bank pengguna, sekaligus memberikan kelebihan kepada pengguna dalam berbelanja di atas-talian.

Kini mereka juga mempunyai lebih dari 1 juta pengguna yang menikmati pulangan tunai untuk setiap pembelian mereka. Malah ShopBack telah memberikan pulangan tunai sebanyak RM25 Juta kepada pengguna tempatan sehingga kini.

Dengan kemeriahan jual-beli atas talian yang akan bermula seawal bulan hadapan, pastinya pengguna berasa teruja untuk berbelanja dan laman ShopFest ini semestinya dapat memudahkan pengguna untuk berbelanja dengan bijak.

Komen