Hotel Kapsul Untuk Kegunaan Jemaah Haji Diuji Di Arab Saudi

Hotel Kapsul Untuk Kegunaan Jemaah Haji Diuji Di Arab Saudi

Diterbitkan pada Ogos 20, 2018 oleh .

Masalah kekurangan ruang di Jepun menyebabkan pod tidur digunakan sebagai hotel. Ia kemudian mula digunakan di seluruh dunia untuk kegunaan pelancong yang memerlukan tempat penginapan mampu milik. Teknologi hotel kapsul ini akhirnya diuji di Arab Saudin untuk kegunaan jemaah haji tahun ini.

  Sebanyak 12 pod penginapan diletakkan di Mina dan boleh digunakan secara percuma. Setiap pod gentian kaca sebesar 1×3 meter ini dilengkapi tempat tidur, pendingin hawa dan cermin. Ia akan dibersihkan setiap kali waktu solat dan sedia digunakan oleh jemaah seterusnya. Ujian berskala kecil ini dilakukan untuk melihat kesesuaiannya di masa hadapan.

Ini adalah salah satu inisiatif “Smart Hajj” kerajaan Saudi untuk memodenkan ibadah haji selari dengan peredaran masa. Sebelum ini Hajj Hackaton telah dianjurkan bagi mencari idea memudahkan ibadah wajib ini dengan menghasilkan aplikasi peranti pintar serta peranti berhubung.

Sebelum ini terdapat masalah jemaah yang kurang berkemampuan tidur di bawah jejambat dan kaki lima kerana tidak mampu menyewa tempat penginapan sempurna. Diharap usaha murni ini dapat memberikan keselesaan jemaah tanpa mengira status harta duniawi mereka.


TIPS & ULASAN