Masalah sela masa yang kronik mula dilaporkan oleh sebilangan pemilik Google Pixel 2 XL. Paling mengejutkan masalah ini turut ditemui pada peranti yang baru sahaja dibeli. Antara pemilik berprofil tinggi yang melaporkan masalah ini ialah Maques Brownlee yang menghasilkan video mengenainya.
Here's just one example of what I described as "devastatingly and embarrassingly laggy" on my Pixel 2 XL.
And it happens all the time and not to just the Camera (the Camera is just an example).@MKBHD's examples with animations were very tame compared to the crap I deal with. pic.twitter.com/qhShInB4YS
— Artem Russakovskii (@ArtemR) August 9, 2018
Sela masa menyebabkan kamera memerlukan 10 saat untuk dilancarkan. Apabila butang rakaman video ditekan, sekali lagi pengguna perlu menanti selama beberapa saat sebelum rakaman bermula. Menurut laporan 9to5Google, Google telah melakukan siasatan ke atas masalah sela masa ini dan menemui tiga punca ianya berlaku. Salah satunya memerlukan peranti menjalani proses gantian. Tiga punca masalah ini walau bagaimanapun masih belum dikongsi kepada umum.