Rekaan Dan Fungsi Utama Vivo X23 Diperlihatakan Sehari Sebelum Pelancaran

Rekaan Dan Fungsi Utama Vivo X23 Diperlihatakan Sehari Sebelum Pelancaran

Diterbitkan pada Ogos 20, 2018 oleh .

Vivo X23 ialah peranti yang akan dilancarkan oleh Vivo esok. Seperti Oppo F9 dan R17, X23 akan menggunakan rekaan saiz takuk kecil “titisan air”. Sehari sebelum pelancaran, Vivo telah berkongsi rekaan serta beberapa fungsi utama yang bakal disokong peranti ini.

Dari segi rekaan ia banyak berkongsi dengan Oppo R17. Panel belakang diperbuat daripada kaca dengan penggunaan warna cerun. Sistem dwi-kamera menegak diletakkan pada bucu atas kiri dan tiada pengimbas cap jari pada panel belakang. Sebaliknya X23 akan mempunyai pengimbas cap jari dalam skrin seperti X21 sebelum ini.

Kamera akan mempunyai sokongan kecerdasan buatan. Dengan takuk yang lebih kecil, 91.2% permukaan hadapan kini adalah skrin. Spesifikasi masih lagi misteri tetapi diuar-uarkan bakal dijana pemproses Snapdragon 710.


TIPS & ULASAN