Vivo V11 Bakal Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Vivo V11 Bakal Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 20, 2018 oleh .

Vivo V11 merupakan salah satu peranti yang masih belum dilancarkan lagi sehingga ke hari ini. Beberapa info mengenainya telah tertiris sebelum ini yang memperlihatkan rekaan skrin bertakuk kecil seumpama “titisan air”, selain spesifikasi pertengahan berasaskan cip Snapdragon 660.

Menariknya, kini pihak Vivo Malaysia telah hadir dengan gambar acah, memperlihatkan Vivo V11 bakal hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Sekiranya benar spesifikasi yang tertiris sebelum ini, maka Vivo V11 akan hadir dengan skrin 6.41-inci, dijana cip Snapdragon 660, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia dijangka dilengkapi dwi-kamera belakang, dan kamera swafoto 25-megapixel.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai pengenalan dan pelancaran peranti ini untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN