Elon Musk Mengesahkan Bahawa Kereta Tesla Bakal Menerima Sokongan Penstriman Video

Elon Musk Mengesahkan Bahawa Kereta Tesla Bakal Menerima Sokongan Penstriman Video

Diterbitkan pada Ogos 20, 2018 oleh .

Kereta-kereta elektrik Tesla hadir dengan sistem hiburan yang termasuk sebuah paparan skrin besar. yang dikatakan hadir dengan beberapa permainan videonya sendiri yang boleh dimainkan apabila kereta tersebut berada dalam keadaan pegun.

Terkini, melalui sebuah kicauan di Twitter, Elon Musk mengesahkan bahawa sistem hiburan kereta-kereta Tesla bakal hadir dengan kebolehan untuk menstrim video daripada perkhidmatan seperti Netflix dan YouTube melalui kemaskini perisian Version 10.

 

Kemaskini perisian tersebut dikatakan akan membolehkan pemandu kenderaan Tesla untuk menstrim video sewaktu kereta tersebut berada dalam keadaan pegun, ataupun apabila kereta tersebut sedang dicas.

Melalui kemaskini perisian Version 9 yang akan hadir pada penghujung bulan Ogos ini, sistem hiburan kenderaan Tesla akan menerima sokongan untuk permainan-permainan video Atari, tetapi untuk perkhidmatan penstriman video melalui kemaskini Version 10, Elon Musk masih belum mengesahkan lagi bilakah kemaskini tersebut akan hadir untuk para pemilik kenderaan Tesla.


TIPS & ULASAN