Maxis hari ini hadir dengan pelan jalur-lebar berkelajuan tinggi yang serba baru dengan harga yang lebih berpatutan dan lebih murah berbanding yang lain. Melalui pelan baru, Maxis mengatakan mereka mengurangkan harga langganan kepada lebih 65% sebulan berbanding pelan sebelum ini.
Pelan baru ini hadir pada harga RM129 sebulan untuk talian berkelajuan 100Mbps, dan RM89 sebulan untuk pelan 30Mbps.
Untuk pelan 100Mbps bagi pengguna juga, pihak Maxis turut menawarkan perkhidmatan panggilan suara tanpa had. Untuk pengguna pelan 30Mbps, anda boleh menambah pelan panggilan tanpa had dengan tambahan RM10 sebulan.
Selain pengguna am, Maxis turut menawarkan pelan penggunaan perusahaan yang sangat murah, iaitu RM139 sebulan untuk 100Mbps, dan RM99 sebulan untuk pelan 30Mbps. Ini boleh dikatakan sebagai salah satu penawaran untuk pengguna perusahaan yang sangat murah jikalau dibandingkan dengan beberapa syarikat telekomunikasi lain.
Bagi anda yang berminat, boleh membuat pendaftaran minat pada laman rasmi Maxis hari ini. Maxis akan memulakan pemasangan untuk pelan baru ini bermula 13 September kelak. Pengguna jalur-lebar Maxis sedia ada turut boleh naik-taraf ke pelan baru ini dengan mengemaskini kontrak anda kepada pelan baru.
- Daftar : MaxisONE Home Fibre