Cari @ Amanz

Logitech sedia menawarkan sejumlah aksesori untuk komputer, dan hari ini, mereka hadir dengan sebuah tetikus baru dinamakan sebagai Logitech MX Vertical.

Menariknya mengenai tetikus ini adalah dimana ia hadir dengan rekaan “menegak” dan berbeza dengan tetikus lain. Logitech sendiri mengatakan ia hadir dengan rekaan tetikus yang ditingkatkan sebanyak 57-darjah dari tetikus biasa.

Logitech MX Vertical

Logitech mengatakan rekaan baru ini lebih ergonomik dan memberikan lebih keselesaan pada tangan. Tetikus ini menyertakan sensor dengan kadar kejituaan 4,000 DPI, selain dilengkapi sokongan penggunaan nirwayar. Logitech mengatakan pengecasan selama seminit mampu menawarkan masa penggunaan sehingga tiga jam lamanya.

Logitech MX Vertical juga turut menyertakan sejumlah butang untuk memudahkan anda membuat perubahan tetapan dengan pantas.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran Amerika Syarikat pada harga $99.99, iaitu sekitar RM410.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd