Carian
Huawei Dijangka Memperkenalkan EMUI 9.0 Berasaskan Android 9 Pie Pada September
August 20, 2018 Aman

Google pada awal Ogos ini telah pun memperkenalkan Android 9.0 Pie, yang mana menyertakan sejumlah ciri-ciri baru – sekaligus membuatkan pelbagai pengeluar peranti berlumba dalam memperkenalkan kemaskini tersebut untuk peranti mereka.

Terkini, ia dilaporkan yang mana Huawei bakal menawarkan kemaskini Android 9.0 Pie untuk peranti mereka bermula dengan Huawei P20 tidak lama lagi.

Huawei P20 Pro

Melalui apa yang dikongsikan pihak Huawei, ia dikatakan Huawei akan memperkenalkan EMUI 9.0 berasaskan Android 9.0 Pie pada acara IFA 2018 yang dijadualkan pada September ini.

Seperti ramai sedia maklum, EMUI merupakan antaramuka tambahan yang diberikan oleh Huawei untuk peranti keluaran mereka – dimana ia turut hadir dengan sejumlah ciri-ciri tambahan bersama dengannya.

Ia dikatakan siri P20 akan menerimanya terlebih dahulu, dan diikuti dengan siri Mate. Sekiranya hal ini benar, maka kita mungkin akan turut melihat Huawei Mate 20 dilancarkan bersama-sama EMUI 9.0 secara terbina.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah kejutan pihak Huawei pada acara IFA kelak.

Komen