Fitbit Charge 3 Dilancarkan – Bateri Lebih Lama, Skrin Sentuh, Memantau Data Renang

Fitbit Charge 3 Dilancarkan – Bateri Lebih Lama, Skrin Sentuh, Memantau Data Renang

Diterbitkan pada Ogos 20, 2018 oleh .

Fitbit hari ini telah memperkenalkan gelang tangan pintar memfokuskan kecergasan yang terbaru, iaitu Fitbit Charge 3. Seperti ketirisan sebelum ini, gelang tangan ini dilihat menyertakan pelbagai sokongan pemantauan data kecergasan, termasuk untuk kegunaan berenang.

Fitbit Charge 3

Fitbit Charge 3 hadir dengan skrin sentuh dan dilengkapi panel Gorilla Glass 3. Ia dilengkapi sokongan kalis air sehingga 50 meter, dan membolehkan anda memantau dan mengumpulkan data ketika berenang.

Dari segi penawaran bateri, ia kini menawarkan penggunaan bateri sehingga 7 hari dengan sekali pengecasan – yang mana memperlihatkan peningkatan berbanding Charge 2 sebelum ini.

Fitbit Charge 3

Gelang tangan pintar ini tidak menyertakan sokongan GPS, dan memerlukan penggunaan bersama telefon pintar untuk ciri berkenaan. Disamping itu, pengguna juga turut boleh melihat beberapa notifikasi terus pada gelang tangan Charge 3 ini, termasuk notifikasi panggilan telefon, SMS, dan juga kalendar.

Charge 3 ini akan ditawarkan bermula bulan Oktober ini. Harga jualan untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan buat masa ini.


TIPS & ULASAN