Skype Kini Menawarkan Komunikasi Penyulitan Penuh Melalui Ciri “Private Conversation”

Skype Kini Menawarkan Komunikasi Penyulitan Penuh Melalui Ciri “Private Conversation”

Diterbitkan pada Ogos 20, 2018 oleh .

Bagi perkhidmatan permesejan dan komunikasi, salah satu perkara yang sering menjadi igauan ramai pengguna adalah kerisauan sama ada mesej mereka akan dibaca pihak ketiga atau tidak. Untuk tujuan ini, teknologi penyulitan digunakan – dimana ia membolehkan hanya penghantar dan penerima sahaja boleh membacanya. Malah, penyedia perkhidmatan turut tidak boleh mengaksesnya.

Beberapa perkhidmatan telah sedia menawarkan sokongan penyulitan penuh ini pada perkhidmatan mereka, termasuk kini Microsoft mengumumkan pengenalan ciri berkenaan untuk Skype.

Namun, untuk Skype, ia tidak diaktifkan untuk semua, sebaliknya perlu diaktifkan pengguna melalui ciri “Private Conversations“.

Skype Private Conversations

Apabila anda menggunakan ciri “Private Conversations” ini, mesej anda melalui penyulitan penuh dan hanya boleh dibaca oleh penerima serta penghantar sahaja.

Salah satu kekurangannya buat masa ini adalah dimana ia hanya boleh digunakan untuk berbual dengan seseorang sahaja pada sesuatu masa. Selain itu, anda boleh berubah peranti, tetapi sesuatu peranti akan memperlihatkan mesej yang dihantar menggunakannya sahaja pada sesuatu masa.

Pengguna boleh menguji ciri Private Conversations ini pada Skype di Android, iOS, Windows, Mac dan Linux hari ini.


TIPS & ULASAN