Carian
Samsung Mungkin Melancarkan Televisyen QLED 8K Pada IFA 2018
August 21, 2018 Aman

Samsung sedia memperlihatkan beberapa konsep televisyen dengan resolusi mencapai 8K sebelum ini. Kini, ia dilihat gergasi elektronik dari Korea Selatan berkenaan telah pun dalam persediaan untuk melancarkan televisyen berkenaan untuk dibeli pengguna umum.

Samsung QLED TV

Melalui gambar panel promosi yang tertiris ke arena web, ia dilihat Samsung akan memperkenalkan televisyen QLED 8K mereka pada acara IFA 2018 yang dijadualkan dalam dua minggu lagi.

Buat masa ini, spesifikasi penuh untuk televisyen berkenaan masih tidak diketahui lagi. Malah, kandungan dengan resolusi 4K juga masih sangat sedikit, apatah lagi pada resolusi 8K.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan IFA 2018 ini untuk melihat apakah Samsung akan tawarkan kepada pengguna umum.

https://twitter.com/leogringoD/status/1027924494776713216

Komen