Tablet Gergasi Samsung Galaxy View 2 Dilaporkan Sedang Dibangunkan

Tablet Gergasi Samsung Galaxy View 2 Dilaporkan Sedang Dibangunkan

Diterbitkan pada Ogos 21, 2018 oleh .

Pada tahun 2015, Samsung Galaxy View sebuah tablet dengan skrin gergasi 18.4″ dilancarkan. Ia bolehlah dikatakan sebagai skrin-pintar terawal dengan sistem operasi Android dan hadir dengan tempat pemegang yang memudahkannya diusung. Pasca pelancaran sambutan adalah agak dingin kerana saiznya yang terlalu besar.

Samsung Galaxy ViewMenurut laporan Android Police yang memetik sumber dalaman, Samsung Galaxy View 2 sedang dibangunkan. Saiz skrin kini lebih kecil ialah 17.5″, dijana pemproses Exynos dan memori sebesar 3GB RAM. Tiada sokongan stylus atau DeX disertakan. Terdapat tongkat terbina yang membolehkannya didirikan atau diletakkan menjongket pada permukaan meja.

Samsung sudahpun melancarkan speaker pintar Galaxy Home dan tidak mengejutkan jika Galaxy View 2 akan menjadi skrin-pintar seperti Lenovo Smart Display.


TIPS & ULASAN