Apple Dijangka Hadir Dengan MacBook Air Dengan Paparan Retina Dan Bingkai Nipis

Apple Dijangka Hadir Dengan MacBook Air Dengan Paparan Retina Dan Bingkai Nipis

Diterbitkan pada Ogos 21, 2018 oleh .

MacBook Air boleh dikatakan sebagai komputer riba dengan penawaran asas daripada Apple. Terkini, menurut laporan Bloomberg, ia dikatakan Apple bakal menawarkan kemaskini untuk komputer riba berkenaan pada harga lebih kompetitif pada tahun ini.

MacBook Air baru ini dikatakan mengekalkan skrin bersaiz 13-inci, tetapi hadir dengan penawaran skrin pada paparan retina. Disamping itu, bingkai tepi disekeliling skrin dijangka lebih nipis berbanding versi sedia ada hari ini.

Pada hari ini, MacBook Air ditawarkan pada harga bermula RM3,961. Ia tidak diketahui lagi sama ada Apple akan mengurangkan lagi harganya ataupun sebaliknya. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran baru daripada Apple ini dalam sebulan dua lagi.


TIPS & ULASAN