Shopee Super Shopping Day Bakal Menawarkan Diskaun Sehingga 99% Bermula Minggu Depan

Shopee Super Shopping Day Bakal Menawarkan Diskaun Sehingga 99% Bermula Minggu Depan

Diterbitkan pada Ogos 21, 2018 oleh .

Baru semalam Shopback melancarkan ShopFest iaitu laman yng menempatkan kesemua promosi jualan akhir tahun bagi laman jual-beli atas-talian, pada hari ini Shopee telah juga mengumumkan perancangan mereka untuk meraikan acara jual-beli tahunan mereka iaitu Shopee Super Shopping Day bermula 27 Ogos 2018.

Untuk acara Super Shopping Day tahun ini, Shopee akan membawakan lebih dari 10,000 penjual, 120 jenama dan 40 rakan kerjasama korporat bagi menawarkan barangan pada harga diskaun mencecah 99%. Antara jenama yang turut serta termasuklah L’Oreal, Nestle, PETPET, honor manakala rakan kerjasama korporat termasuklah Citibank, VISA, Hong Leong Bank dan juga BHP akan menyediakan baucar promosi yang boleh digunakan diluar-talian.

Untuk tahun ketiga, acara Super Shopping Day ini akan berlangsung selama 14 hari sehinggalah 9 September 2018, dimana setiap hari terdapat promosi khusus seperti contoh 28 Ogos untuk Super Electronics Day, 31 Ogos untuk Super Free Shipping Day, dan 6 September untuk Super Mommy’s Day. Untuk setiap hari tertentu ini, semestinya produk khusus ditawarkan pada harga yang rendah.

Mereka juga bakal mengadakan aktiviti menarik membolehkan pengguna meraih Shopee Coins yang banyak, sekaligus membolehkan pengguna berbelanja menggunakannya. Sebanyak 99 juta Shopee Coins ditawarkan kepada pengguna untuk dimenangi setiap hari.

Dengan berlangsungnya Super Shopping Day seawal minggu hadapan, pengguna tempatan akan mendapat banyak pilihan lebih-lebih lagi pada tempoh yang sama juga akan berlangsung MyCyberSale yang turut menawarkan pelbagai diskaun untuk sebarang jual-beli atas-talian.

Layari: Shopee Super Shopping Day


TIPS & ULASAN