Cari @ Amanz

Huawei Mate 20 ialah peranti mercu yang amat dinantikan kemunculannya kerana bakal menjadi yang pertama menggunakan pemproses terkini Kirin 980. Rekaan untuk Mate 20 Lite telah tertiris sebelum ini dan pagi ini rekaan sebuah lagi model Mate 20 dengan tri-kamera telah tertiris.

Susunan tri-kamera yang digunakan kali ini amat unik kerana disusun di dalam grid 2X2 bersama dengan flash dwi-tona. Kedudukan kamera juga terletak di tengah dan bukannya pada bucu seperti P20 Pro. Takuk gergasi digantikan dengan rekaan takuk kecil titisan air seperti yang ditemui pada Essential Phone, Oppo F9 dan Vivo X23. Terdapat juga sebuah bicu audio 3.5mm pada bahagian atas peranti tidak seperti pada P20 Pro.

Akhir sekali ia dikatakan bakal dilengkapi skrin 6.3″ AMOLED, bateri sebesar 4200 mAh, sokongan pengecasan tanpa wayar dan menggunakan Android Pie dengan pelancar EMUI 9.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd