Steam TV Kini Aktif Dan Boleh Ditonton – Menstrim Kejohanan The International

Steam TV Kini Aktif Dan Boleh Ditonton – Menstrim Kejohanan The International

Diterbitkan pada Ogos 21, 2018 oleh .

Valve telah menguji Steam TV untuk sementara pada penghujung minggu lepas, sebelum menghentikannya. Kini, selepas beberapa hari, Valve hari ini telah pun melancarkan Steam TV secara rasminya kepada umum.

Bermula hari ini, sesiapa boleh melayari laman Steam TV, dan mengikuti penstriman langsung kejohanan Dota 2 terkemuka, iaitu The International 2018.

Steam TV

Buat masa ini, laman Steam TV ini boleh dikatakan amat ringkas – dimana membolehkan anda hanya log masuk dan berbual dengan rakan-rakan anda yang lain sahaja. Anda turut boleh menontonnya sahaja tanpa perlu log masuk ke perkhidmatan berkenaan.

Valve mengatakan mereka akan memperluaskan sokongan Steam Broadcasting yang digunakan ini untuk pelbagai permainan lain selepas kejohanan ini habis – selain turut menawarkan API khusus untuk digunakan oleh rakan kerjasama mereka.

Layari : Steam TV


TIPS & ULASAN