Dell hari ini telah memperkenalkan dua monitor baru memfokuskan kepada permainan video, dimana hadir dengan panel berasaskan TN dan menawarkan kadar segar semula yang tinggi.
Dua model yang diperkenalkan adalah versi 27-inci dengan resolusi QHD (2560×1440 pixel) dan juga versi 24-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel. Kedua-duanya menawarkan nisbah paparan 16:9, selain turut menyokong AMD FreeSync.
Monitor versi 27-inci juga turut menawarkan kadar segar semula sehingga 155Hz, sementara versi 24-inci sekadar sehingga 144Hz sahaja. Kedua-duanya menawarkan masa respon sekitar 1ms.
Seperti beberapa monitor lain, monitor Dell ini turut hadir dengan beberapa mod profil yang mengoptimasikan paparan untuk beberapa jenis kandungan – termasuk untuk permainan video.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Dell akan menawarkan monitor ini untuk pasaran tempatan.