NVIDIA hari ini telah melancarkan kad grafik terbaru mereka yang berkuasa tinggi, iaitu GeForce RTX. Hadir dengan binaan Turing GPU, ia menawarkan sokongan teras RT yang membolehkan ia mengolah cahaya dan bayang-bayang secara masa-nyata. Ia juga turut menawarkan sokongan sehingga paparan video 8K dengan mudah, selain kebolehan memainkan permainan pada tetapan tinggi pada resolusi 4K.
Menariknya, bagi pengguna tempatan, anda tidak perlu nantikan waktu lama untuk mendapatkannya. Kini, pihak NVIDIA telah pun memulakan pra-tempahan untuk kad grafik terbaru ini melalui laman rasmi mereka di Lazada.
Dua variasi kad grafik RTX kini boleh dipra-tempah, iaitu GeForce RTX 2080 dan juga GeForce RTX 2080 Ti. NVIDIA menawarkan pra-tempahan kad grafik daripada pelbagai pengeluar – sekaligus memudahkan pengguna untuk melakukan pra-tempahan.
Berikut merupakan harga penawaran untuk kad grafik yang disediakan NVIDIA melalui laman rasmi untuk pengguna tempatan.
GeForce RTX 2080
Zotac Gaming 8G GeForce RTX 2080 – RM3699
Zotac Gaming AMP 8G GeForce RTX 2080 – RM3859
Gigabyte WindForce OC 8G GeForce RTX 2080 – RM3899
Gigabyte Gaming OC 8G GeForce RTX 2080 – RM3999
MSI Duke 8G GeForce RTX 2080 – RM4080
Asus Dual OC 8G GeForce RTX 2080 – RM4099
MSI Gaming X Trio 8G GeForce RTX 2080 – RM4200
Asus ROG Strix Gaming 8G GeForce RTX 2080 – RM4599
GeForce RTX 2080 Ti
Zotac Gaming 11G GeForce RTX 2080 TI – RM5379
Zotac Gaming AMP 11G GeForce RTX 2080 TI – RM5639
Gigabyte WindForce OC 11G GeForce RTX 2080 TI – RM5599
Gigabyte Gaming OC 11G GeForce RTX 2080 Ti – RM5699
Asus Turbo 11G GeForce RTX 2080 Ti – RM5899
Asus Dual OC 11G GeForce RTX 2080 Ti – RM6099
MSI Gaming X Trio 11G GeForce RTX 2080 Ti – RM6200
Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan melalui laman rasmi NVIDIA di Lazada hari ini.