Cari @ Amanz

Samsung hari ini mengambil pentas utama pada Gamescom 2018 dan memperkenalkan dua monitor terbaru mereka memfokuskan kepada pengguna yang meminati arena permainan video.

Samsung Gamescom 2018 Monitor

Kedua-dua monitor baru ini hadir dengan skrin melengkung dan menawarkan paparan resolusi WQHD. Dua monitor yang dilancarkan adalah dengan skrin 32-inci dan juga 27-inci. Kedua-duanya juga turut menawarkan kadar segar semula 144Hz.

Samsung mengatakan mereka akan memasarkan monitor ini bermula suku ketiga 2018, dan mengatakan ia akan membawa “harga mampu milik”.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd