Cari @ Amanz

Google sebelum ini telah memperkenalkan sokongan nyah-hantar atau undo untuk sesuatu emel yang anda kirim melalui perkhidmatan berkenaan. Melaluinya, ia membolehkan anda membatalkan proses penghantaran sesuatu emel, dan menyuntingnya dengan menambha beberapa maklumat atau membuat sesuatu perkara.

GMail Undo

Google sebelum ini telah memperkenalkan ciri berkenaan untuk semua pengguna GMail di web pada 2015 yang lepas, selain pengguna iOS pada 2016 lepas. Hari ini, ciri berkenaan turut diperkenalkan untuk semua pengguna GMail untuk Android.

Melalui ciri baru ini, selepas anda menaip dan menghantar sesuatu emel melalui GMail untuk Android, ia akan memaparkan proses penghantaran dan memaparkan butang “Undo” untuk beberapa saat. Anda boleh tap pada butang berkenaan serta-merta sekiranya ingin menyunting dan nyah-hantar emel berkenaan – atau membiarkan ia untuk meneruskan proses penghantaran emel berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan GMail di Android, boleh mencuba ciri ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd