Acer Bakal Mengemaskini Siri Desktop Orion Dengan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX

Acer Bakal Mengemaskini Siri Desktop Orion Dengan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX

Diterbitkan pada Ogos 21, 2018 oleh .

NVIDIA baru sahaja mengumumkan kehadiran siri kad grafik terbaru mereka, siri NVIDIA GeForce RTX 20XX dengan tiga model kad grafik, termasuklah GeForce RTX 2080 Ti, GeForce RTX 2080 dan juga RTX 2070.

Dengan kad-kad grafik ini, para pembina desktop komputer pastinya ingin mengemaskini spesifikasi peranti-peranti mereka dengan kad grafik ini, dan diantaranya ialah Acer, sebuah jenama yang cukup terkenal untuk siri komputer dan laptop mereka.

Pihak Acer menyatakan bahawa mereka akan mengemaskini siri komputer desktop Orion 9000, Orion 5000 dan Orion 3000 mereka dengan siri kad grafik terbaru NVIDIA tersebut apabila stok kad-kad grafik tersebut memasuki pasaran kelak.

RTX 2080

Pihak Acer berkata mereka akan memuatkan komputer-komputer desktop tersebut dengan pilihan kad grafik seperti NVIDIA GeForce RTX 2080 Ti dan RTX 2080 untuk kesemua model Acer Predator Orion mereka. Dari segi kehadiran pula, pihak Acer menyatakan bahawa mereka akan mengumumkan kehadiran pilihan kad grafik baru tersebut apabila kad-kad grafik tersebut tiba di pasaran kelak.


TIPS & ULASAN