Carian
“Hai Proton!” – Kereta Konsep Proton Dipertontonkan Dengan Sokongan Kawalan Berasaskan Suara
August 21, 2018 Aman

Pada hari ini, terdapat sejumlah perkhidmatan yang mengintegrasikan sokongan carian berasaskan suara. Antara yang mungkin biasa dikalangan pengguna adalah sokongan carian di web, sokongan Siri, dan juga Google Assistant.

Terkini, melalui sebuah video yang dikongsikan di arena internet, ia memperlihatkan Tun Dr Mahathir bersama salah seorang pelajar Malaysia menguji sokongan kawalan berasaskan suara pada kereta Proton. Menurut The Star, pelajar berkenaan dikatakan pelatih di Nuance Communications – yang mana sebelum ini turut menjana Siri.

Daripada demo yang dipertontonkan, kawalan suara ini menggunakan input arahan dengan panggilan “Hai Proton”, dan membolehkan pengguna membuat beberapa perkara – seperti menurunkan tingkap pada bahagian pemandu, membuka atap, menaikkan tingkap dan sebagainya. Secara kasar, ia dilihat diintegrasikan bersama kenderaan bagi membolehkan pengguna melakukan dan mengawal sejumlah perkara menggunakan arahan suara.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan sekadar konsep sahaja, dan tidak diketahui sama ada teknologi ini akan terus dibangunkan dan diintegrasikan pada kenderaan Proton atau tidak.

Komen