#GalaxyNote9 – Kamera Pintar Yang Mampu Merakamkan Gambar Berkumpulan Tanpa-Tuna

#GalaxyNote9 – Kamera Pintar Yang Mampu Merakamkan Gambar Berkumpulan Tanpa-Tuna

Diterbitkan pada Ogos 21, 2018 oleh .

Samsung Galaxy Note 9 sedia hadir dengan sokongan kamera yang sangat baik dan menawarkan ciri bukaan boleh-laras – sekaligus membolehkan anda merakamkan gambar dengan jelas pada pelbagai keadaan cahaya.

Menariknya, bukan itu sahaja, malah ia turut hadir dengan ciri-ciri pintar. Salah satunya adalah kebolehan untuk mengenal-pasti sama ada seseorang mengerlipkan mata ketika gambar mereka sedang dirakamkan.

Galaxy Note 9 Flaw

Seperti ramai sedia maklum, ketika merakamkan gambar berkumpulan, salah satu masalah yang sering hadir adalah seseorang mungkin mengerlip mata – sekaligus menjadikan gambar berkenaan tertuna.

Kini, mengatasinya, sistem kamera pintar ini akan memberikan notifikasi sekiranya seseorang yang dirakamkan mengerlip mata mereka.

Hal ini membolehkan anda merakamkan sesuatu detik dengan lebih efisyen, dan mendapatkan hasil rakaman yang sangat cantik.

Bagi anda yang sering merakamkan gambar berkumpulan, mungkin Galaxy Note 9 adalah telefon pintar yang diperlukan anda. Galaxy Note 9 ini boleh didapati di Malaysia pada harga bermula RM3699 mulai 24 Ogos ini.

Layari : Samsung Galaxy Note 9

Ini adalah advertorial daripada Samsung.


TIPS & ULASAN