Cari @ Amanz

Pada bulan Jun lalu, Google telah memperkenalkan aplikasi podcast untuk Android. Melalui aplikasi ini pengguna boleh mudah mencari sebarang audio kegemaran yang ingin didengar, termasuk melanggan sesuatu podcast dengan mudah menggunakan aplikasi berkenaan.

Terkini, Google dilihat sedang menguji aplikasi podcast baru yang dinamakan ‘Shortwave‘. Melalui butiran yang ditanda dagang oleh Google – ‘Shortwave‘ adalah aplikasi podcast yang membenarkan pengguna cari, akses, mainkan atau juga kongsi fail audio.

Menurut The Verge, wakil Google menyatakan di mana – ‘Shortwave‘ dibangunkan oleh syarikat inkubator Area 120. Oleh itu, aplikasi podcast Shortwave‘ ini tiada kaitan dengan aplikasi Google yang lain. Aplikasi ini juga masih dalam ujian – jadi tiada banyak butiran yang boleh diberikan.

Seperti biasa, jika ada maklumat baru akan kami kongsikan. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd