Aplikasi Penjimatan Data Google Datally Menerima Kemaskini – Hadir Dengan Mod Tidur Dan Bank Kecemasan

Aplikasi Penjimatan Data Google Datally Menerima Kemaskini – Hadir Dengan Mod Tidur Dan Bank Kecemasan

Diterbitkan pada Ogos 22, 2018 oleh .

Datally adalah aplikasi penjimatan data oleh Google. Ia diperkenalkan pada tahun lalu. Melalui aplikasi ini, Google memfokuskan kepada kemudahan untuk pengguna menjimatkan data mudah-alih mereka.

Hari ini, aplikasi ini dikemaskini dengan kehadiran ciri baru yang menarik – iaitu ‘Bedtime Mode‘ dan juga ‘Emergency Bank‘. ‘Bedtime Mode’ ataupun mod tidur ini akan membantu pengguna menjimatkan lagi data internet pada waktu tidur mereka.

Manakala, ‘Emergency Bank‘ pula adalah satu mod untuk mengasingkan data untuk digunakan pada waktu kecemasan. Konsep seperti mengehadkan data internet – cuma melalui mod ini, kawalan penggunaan data adalah lebih baik.

Melalui kemaskini baru ini, pengguna bukan sahaja akan lebih menjimatkan data – tetapi turut boleh mengawal diri daripada mengakses internet. Dengan ciri menarik ini, ia akan menjadi lebih baik jika digunakan bersama-sama dengan ‘Digital Wellbeing‘ Android Pie untuk kearah kesihatan digital yang lebih baik.

Muat Turun Datally oleh Google Di Play Store


TIPS & ULASAN