Asus Mungkin Hadir Dengan Variasi ROG Phone Pada Harga Sedikit Rendah

Asus Mungkin Hadir Dengan Variasi ROG Phone Pada Harga Sedikit Rendah

Diterbitkan pada Ogos 22, 2018 oleh .

Asus telah pun memperkenalkan telefon pintar memfokuskan permua mereka tersendiri, dinamakan sebagai ROG Phone. Ia masih belum dilancarkan di Malaysia buat masa ini.

Seperti ramai sedia maklum, ROG Phone menawarkan spesifikasi yang sangat tinggi, termasuk penggunaan cip Snapdragon 845 dan juga memori sehingga 8GB RAM. Harga jualannya untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi, tetapi di beberapa negara lain, ia dijual pada harga melangkaui RM3k.

Apa pun, menariknya, kini ia dilihat pengeluar peranti dari Taiwan turut sedang mempersiapkan beberapa variasi baru ROG Phone.

Melalui maklumat yang hadir pada TENAA, ia dilihat ROG Phone dengan variasi 4GB RAM dan juga 6GB RAM juga mungkin akan hadir. Disamping itu, ia hanya menyertakan satu kamera belakang 12-megapixel, berbanding penggunaan dwi-kamera pada peranti ROG Phone sedia ada.

Ia tidak diketahui sama ada peranti variasi ROG Phone ini hanya eksklusif untuk pasaran China atau akan turut hadir ke pasaran global.

Tetapi apa yang pasti, dengan penurunan sedikit dari segi spesifikasi, ia sekaligus akan mengurangkan harga jualan ROG Phone – dan membolehkan lebih ramai membelinya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi variasi ROG Phone baru ini.


TIPS & ULASAN