Carian
Google Fit Dikemaskini – Hadir Dengan Rekaan Baru Dan Dua Ciri Menarik
August 22, 2018 Fahim Zahar

Google Fit adalah aplikasi penjejak kesihatan daripada Google. Ia boleh menjejak kesihatan hanya dengan menggunakan GPS pada peranti. Jika pengguna mempunyai peranti Wear OS – integrasinya adalah lebih baik.

Kini, Google telah mengemaskini hampir keseluruhan aplikasi Google Fit. Ia hadir dengan antaramuka dan rekaan Material Design baharu serta mengandungi ciri-ciri menarik yang memberi mata kepada pengguna jika pengguna capai sasaran kesihatan mereka.

Mata ini dikategorikan dalam ‘Move Minutes‘ dan ‘Heart Point‘. Pengguna akan menerima ‘Move Minutes‘ jika melakukan perubahan dalam aktiviti harian. Contoh, dari menaiki eskalator – pengguna boleh naiki tangga atau daripada menaiki kereta, pengguna boleh berjalan kaki.

Manakala, ‘Heart Point‘ akan memberi pengguna mata setiap seminit jika melakukan aktiviti ringan seperti berjalan, senaman ringan atau berjoging. Pengguna pula akan menerima dua kali ganda mata jika melakukan aktiviti yang lebih intensif.

Google Fit turut menyediakan journal untuk pengguna pantau pencapaian, aktiviti dan juga progress. Melalui aplikasi ini juga, pengguna boleh menerima tip-tip berguna berkaitan kesihatan.

Menurut Google, kemaskini ini akan diedarkan secara berperingkat bermula minggu ini. Pengguna boleh kemaskini melalui Google Play Store. Jika tidak sabar – boleh sahaja memuat turun fail .APK untuk pemasangan manual.

Komen