‘Hey Google, Tell Me Something Good’ Akan Memaparkan Coretan Rumusan Berita Baik

‘Hey Google, Tell Me Something Good’ Akan Memaparkan Coretan Rumusan Berita Baik

Diterbitkan pada Ogos 22, 2018 oleh .

Pernah atau tidak anda terasa bosan atau murung? Pasti pernah, oleh itu Google ingin membuat anda rasa gembira, tertarik atau juga tidak bosan melalui – ‘Hey Google, Tell Me Something Good‘.

Hey Google, Tell Me Something Good‘ adalah arahan suara baru untuk Google Assistant. Jika pengguna menggunakan arahan ini, Google akan terus memberi berita baik, kisah benar yang menakjubkan/mengejutkan dan juga peringatan kepada pengguna – di dunia ini masih ada berita baik dan perkara baik, walaupun banyak perkara negatif berlaku di luar sana.

Melalui arahan suara baru ini, Google akan memaparkan coretan rumusan berita baik dalam masa 20 saat. Sayang sekali – ciri ini masih lagi dalam ujian dan hanya pengguna di Amerika Syarikat sahaja yang boleh mencubanya. Mungkin akan datang – ia akan hadir pada peringkat global.


TIPS & ULASAN